Studio Sihat Podcast – Trend Braces DIY

6 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Jun 2025, telah berlangsung podcast secara atas talian melalui Facebook dan Youtube Studio Sihat membincangkan topik Trend Braces DIY. Topik hangat perbincangan bersama panel jemputan Prof Madya Dr Asma Alhusna Abang Abdullah, pensyarah pergigian dari Fakulti Pergigian USIM ini mengupas pelbagai mitos-mitos dan risiko sebenar braces DIY berdasarkan pengalaman di klinik ortodontik. Podcast ini dapat memberi informasi kepada peserta mengenai beza braces sebenar dan braces DIY, risiko kesihatan penggunaan braces DIY serta sebab mengapa Wanita kerap menjadi sasaran utama iklan braces DIY.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali